Friday, January 27, 2012

Bunga Tasbih


Ni nak diceritakan sikit, ada juga pokok bunga yang diberi nama Orkid Tasbih. Bunganya berbentuk tasbih mengeluarkan harum wangi semerbak bila berkembang. Lebih2 lagi bila malam tiba dengan tiupan angin... fuuuh. Bunga ni ambo tengok di rumah mak mertua ambo di Batu Pahat Johor pada musim cuti CNY lepas dan menyambut ketibaan bulan yang dinantikan iaitu bulan maulid Nabi Besar Muhammad S.A.W.

Subhanallah, tak sangka pula ada sejenis pokok berbentuk tasbih dan wangi pulak tu.. hehehe


Mengikut cerita mak bonda, bunga ni adalah dalam keluarga orkid dan hanya berbunga mengikut musim. Sebelum ni kalu ambo balik kampung, tak bertepatan dengan musim bunganya.. Jadi tidaklah dipandang sangat akan bunga yang tergantung di halaman rumah ini.



Terpesona dengan tarikan wangiannya, ambo & mem sepakat meminta mak bonda supaya 'dibenihkan/semaikan' untuk dibawa dan diserikan pula laman rumah sendiri di Selangor nanti. Bukankah elok jika diwangikan rumah2 dengan wangian, zikrullah, tilawatul quran , wirid dan ratib. Dua perkara dunia yang digemari oleh Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W ialah wanita solehah dan juga wangi-wangian kerana ia menggambarkan keadaan di syurga.


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Halaqah zikir (Hadits riwayat at-Tirmidhi)






Alhamdulillah, ambo pun sempat hadir majlis maulid barzanji pada Ahad,22/01/2012 di rumah Tn Imam Abdullah kerana meraikan aqiqah cucunya. Pada Isnin malam pula dapat ambo khatamkan Maulid Burdah karangan Imam Muhammad Said Al Bushiri di rumah mak bonda. Keesokan harinya iaitu Selasa, 23/01/2012 ambo diberikan kesempatan untuk menziarahi Al Arifbillah Al Marhum Habib Ali B Jaafar Al Idrus di Batu Pahat. Moga2 bulan maulid kali ini lebih baik bagi ambo berbanding tahun-tahun lepas. Aaamin

No comments:

Post a Comment