Monday, January 9, 2012

Jatuh Hukum


Hidup Susah Matipun Susah
Hidup-hidup ditinggalkan Kekasih
Sudah mati pegang bendera...


Telah tertulis di luh mahfuz akan takdir ataupun qada dan qadar seseorang oleh Allah SWT Zat Yang Maha Berkuasa & Berkehendak. Tugas kita sebagai muslim hanyalah berusaha beramal dan bekerja bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan amalan syariat dan hukum berdasarkan aqidah tauhid penghambaan kepada Allah Taala sesuai dengan Al Quran & Sunnah Rasulullah S.A.W. Telahpun dijelaskan dengan sempurna akan panduan dan tunjuk ajar seperti mana diamalkan oleh para Khulafa ur Rasyidin, Sahabat,Tabien, tabien tabien dan sekelian salafussoleh.

Matlamat sekeliannya tidak lain hanyalah berkisar kepada empat perkara :
1. Penghambaan - Ibadah yang tulus kepada Allah SWT dengan aqidah yang murni iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah

2. Risalah Nabi/Rasul - Gerak kerja dakwah meninggikan Kalimah Tauhid " Laa ilaha illallah Muhammadurasulullah s.a.w".

3. Kemanusiaan - Menyempurnakan hal2 kemanusian berdasarkan aqidah, syariat, muamalat dan kehidupan.

4. Kepimpinan - Mewujudkan pemimpin , kepimpinan dan kumpulan yang bersesuaian sptmana kepimpinan yang wujud di Darul Islam pertama Madinatul Munawwarah setelah Hijrah & kedua di Makkatul Mukarramah setelah Fatah.

Pada hari Sabtu, 7 Januari 2012 lalu telah berlangsung satu sejarah baru di dalam misi gerak kerja dakwah dan jemaah di Yayasan Al Jenderami(YAJ). Al Fadhil Syeikh TG Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat telah mempengerusikan mesyuarat dan halatuju YAJ sempena tahun baru 2012.

Dua istilah telah terpacul keluar dari mulut Al Fadhil Syeikh TG Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat iaitu muslim & muslim ummah.

Muslim- Beragama,beriman dan beramal untuk diri sendiri dan anak isteri serta keluarga semata-mata.

Muslim Ummah - Beragama,beriman dan beramal untuk diri,keluarga,masyarakat dan ummah sekeliannya. Di dalam hal ini, gerak kerja amal dan dakwah amar ma'ruf nahi munkar perlu dilakukan di dalam kumpulan ataupun jamaah. Maka di dalam jamaah , tidak dapat tidak mesti ada pemimpin iaitu khalifah/mursyid/guru atau ketua,pengikut , hukum peraturan dan lain-lain syarat.


Halatuju YAJ sekarang adalah merealisasikan MUSLIM UMMAH melalui pewujudan Konsep Komuniti Islam Kampung/Desa & Komuniti Islam Bandar kerana dakwah dengan hal dan suasana Islam adalah lebih berkesan daripada dakwah dengan lisan semata-mata. Dakwah dengan konsep MUSLIM UMMAH ini adalah menyeluruh iaitu pendidikan,tarbiah,keluarga,ekonomi,sosio budaya dan sebagainya.

Seramai 35 ahli YAJ tersenarai di dalam menjayakan misi,halatuju dan matlamat YAJ. Terdapat 4 Kumpulan yang dibahagikan mengikut negeri iaitu Selangor, Pahang , Negeri Sembilan dan Johor.

Mesyuarat & perutusan amanat Al Fadhil Syeikh Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat tamat pada pukul 12.00 tengah hari dan diserikan pula dengan hidangan Nasi Arab / Mendy Kambing Sultan Hadramaut.

p/s- Moga2 segala yang hadir dapat mengambil bahagian masing-masing dalam menjayakan misi YAJ kali ini. Chief AF Tuan Musa pun tersenarai di dalam ahli YAJ. Jika sudah takluk pada takdir yang telah ditetapkan Allah Taala , pasti lulus tiada siapa yang boleh menghalangnya.

No comments:

Post a Comment