Friday, June 22, 2012

Bertemu Sahabat Lama Di Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur



Jumaat : 25 Mei 2012

Mendapat sms daripada sahabat se UTM Skudai dulu, Long Seman ingin berjumpa di mana-mana masjid untuk sama-sama bersolat Jumaat dan berbual bicara meluah rasa. Ambo setuju dan mengesyorkan supaya bertemu di Masjid Al Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur.

Tiba di Masjid Al Bukhary pada pukul 1.00 tgh hari dari opis tempat ambo mencari rezeki di PJ. Sahabat Long Seman pun hampir tiba di masjid.. Bersetuju untuk sama2 terus ke dalam masjid berbuat apa yang patut. Selesai solat Jumaat baru bertemu di Makam Syed Lal Shah Al Bukhary.

Selesai solat sunat Jumaat ambo turun menuju ke kawasan makam yang berpagar dan bertemu dengan sahabat Long Seman... Setelah bersalaman dan berpeluk-pelukan ... (Maklumlah telah lama tak berjumpa secara zahir badani). Ambo mengajak untuk 'bersalam' pula dengan sohibul makam sebelum duduk membaca Yaasin & Tahlil arwah. Selesai doa dibaca ambo dapati ada seorang India Muslim pun turut sama berdoa menghadap ke pusara Tuan Syed Lal Shah Al Bukhary.




Ambo menegur bertanya khabar "pak cik jemaah' seusai beliau habis berdoa. Pak cik jemaah itu namanya Hj Ali B Hj Ahmad... orang India Muslim Kedah berkahwin dengan orang Batu Pahat Johor. Katanya, nenek beliau merupakan seorang syarifah. Beliau hendak menuju ke Subang sebelum singgah di masjid sambil menziarahi makam di sini. Ambo meminta izin untuk sama-sama bergambar dengan beliau berserta sahabat. Alhamdulillah Hj Ali B Hj Ahmad sudi mendoakan kami semua.. Mudah2an makbul.



Beliau menyarankan supaya pergi menziarahi Kg Hulu dan Pulau Besar Melaka kerana banyak kelebihannya nanti... Diceritakan bahawa beliau telahpun sampai ke Makam Nawaz Sharrif Syeikh Syed Muinuddin Hassan Chisty Ajmer dan memberitahu periuk / kawah tempat masakannya amat besar sekali.....( emm teringat pulak ambo tentang lawatan Pak Syeikh Al Jenderami ke sana 2 tahun lepas.. dan insyaallah akan pergi lagi tahun ni pada 25 Mei 2012). Setelah itu ambo dan sahabat Long Seman bersalaman dengan Tn Hj Ali B Hj Ahmad kerana beliau meminta diri untuk beredar.

Nah.. kemudian sessi minum-minum pulak... ambo dan sahabat pekena cendol yang dijual di luar kawasan masjid sebelum beredar semula menuju ke opis di PJ dan sahabat pulang ke rumahnya di Ampang Selangor Darul Ehsan.

p/s - Bertemu dan berpisah di antara muslim kerana Allah Taala adalah baik kerana para malaikat sentiasa mendoakan kebajikan terhadap mereka. Aaamin


No comments:

Post a Comment