Wednesday, June 29, 2011

Versatile & Agama

Kali ni ambo nak guna istilah mat saleh sikit iaitu 'versatile'.
1. Capable of doing many things competently.
2. Having varied uses or serving many functions.
3. Capable of or adapted for many different uses, skills, etc

Perkataan ni banyak kali diulang oleh Pak Syeikh dalam kuliahnya termasuk kuliah Tauhid Matan Jauharah malam tadi di Surau Taufikiyah Kajang. Mengikut yang mana ambo dapat faham mengenainye ialah ; kepelbagaian bidang ataupun arif dan tahu dalam banyak bidang. Tidak hanya tertumpu kepada satu2 bidang tugas dan cara semata-mata...

Kalu oghe kelate gak; buleh belaka atau pun serba buleh.. Benih yang baik dicampak ke darat jadi bukit dan jika dicampak ke laut jadi pulau... Begitulah juga sepatutnya kite orang Islam sepertimana yang dijelaskan dalam al quran sebagai umat terpilih dari Muhammad Rasulullah s.a.w iaitu penghulu sekelian nabi dan rasul serta HABIBULLAH.

Di dalam agama dan dakwah ; 'versatile' ini perlu untuk memastikan kite semua dapat meningkat dan juga mengelakkan jemu daripada bertindak dan berkerja. Kadang2 ia akan memberi impak yang lebih berkesan di hati sasaran kerana kite semua adalah berbeza tahap pendidikan,sosial dan pengalaman.

No comments:

Post a Comment