Monday, October 10, 2011

Ilmu Hati


Pada Jumaat lepas iaitu 7hb Oktober 2011 bersamaan 9hb Zulqaedah 1432H ambo diberi kesempatan untuk hadir majlis ilmu iaitu pembukaan kitab tasawuf " Tuhfah Roghibin fi Toriq al-Salikin" karangan Maulana Syeikh Zainudin Acheh Al Malabary di Masjid UKM selepas Isyak. Walaupun majlis dimulakan agak lambat iaitu lebih kurang 9mlm kerana menunggu ketibaaan Tuan Guru Al Fadhil Syeikh Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat dari Al Jenderami.

Selama lebih kurang 2 jam pengajian kitab tasawuf ini, pak syeikh membicarakan mengenai matlamat ilmu tasawuf iaitu hati dan praktikal amalan zikir serta hubungannya dengan sanad guru serta para solihin bagi menjamin matlamat hidup kite sebagai hamba Allah Taala dalam mendapat keredaan dariNya.

1. Orang berilmu tanpa guru seperti bumi tanpa air.
2. Orang berilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah.
3. Orang berilmu tanpa zikir seperti burung tanpa sayap.
4. Orang berilmu tanpa duduk majlis baik spt zikir,selawat,ilmu dan solihin seperti manusia tanpa roh.

p/s - Mudah2an ambo termasuk di dalam orang mendapat keberkatan daripada majlis ilmu serta rantaian sanad guru-guru yang muktabar sepertimana disebut oleh pak syeikh... aamin.

No comments:

Post a Comment