Friday, October 21, 2011

Sebaik- Baik Perhimpunan

Dalam sehari 5 kali kite berhimpun - Solat 5 waktu
Dalam seminggu 1 kali kite berhimpun - Solat Jumaat
Dalam sebulan 4 kali kite berhimpun - 4 Jumaat
Dalan setahun 52 kali kite berhimpun - 52 Jumaat
Dalam seumur hidup sekurang2nya sekali kite berhimpun iaitu perhimpunan dalam mengerjakan ibadat fardu haji & umrah di Tanah Haram Makkatul Mukarramah & Madinatul Munawwarah.

Setelah mati kite semua pula akan dihimpunkan di dalam alam kubur sesuai dgn kadar iman dan amal kite semasa berhimpun di dunia. Apabila kite dibangkitkan dari kubur masing2 kite pula akan berhimpun di satu PERHIMPUNAN AGUNG DAN DAHSYAT di PADANG MAHSYAR....

Dalam setiap perhimpunan ada tertib,rukun,syarat dan aturannya yang tersendiri bagi memastikannya sah atau diterima pakai sebagai ibadat di sisi Allah Taala.

Ketahuilah bahawa sebaik-baik perhimpunan ialah perhimpunan yang terdapat di dalamnya ilmu,selawat,zikir,amal soleh,doa dan nasihat berguna daripada orang2 soleh ataupun ulama.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Halaqah dhikir (Hadits riwayat at-Tirmidhi)


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
لا يقعد قوم يذكوون الله تعالى إلا حفتهم الملا ئكة، وغشيتهم الرحمة، ونزلت عليهم السكينة، وذكرهم الله فيمن عنده
Ertinya: Tidaklah suatu kaum duduk berdhikir kepada Allah Ta’ala, melainkan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan akan dilimpahi rahmat serta akan diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah akan menyebut mereka di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)


أن النبي r خرج على حلقة من أصحابه فقال: ما يجلسكم؟ قالوا: جلسنا نذكر اللهَ ونحمده. فقال: إنه أتاني جبريل، فأخبرني أنّ الله يباهي بكم الملائكة
Ertinya: “Bahawa suatu ketika Nabi صلى الله عليه وآله وسلم keluar dan melalui suatu halaqah dari para shahabatnya. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Apakah yang menyebabkan kalian duduk beramai-ramai? Para shahabat رضي الله عنهم menjawab: Kami berdhikir serta memuji Allah. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Sesungguhnya Jibril عليه السلام telah datang kepadaku dan mengkhabarkan kepadaku bahawasanya Allah Ta’ala membanggakan kalian di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)

مامن قوم اجتمعوا يذكرون الله لا يريدون بذلك إلا وجه تعالى إلا ناداهم مناد من السماء: قوموا مغفورا لكم، قد بدلت سيئاتكم حسنات
Ertinya: “Tidaklah suatu kaum yang berkumpul untuk berdhikir kepada Allah Ta’ala, (yang mana mereka) tidak menginginkan sesuatu kecuali keredhaanNya, melainkan ada suara yang menyeru mereka dari langit: Berdirilah kalian dalam keadaan diampunkan kesalahan kalian, sesungguhnya keburukan yang kalian lakukan telah digantikan dengan kebaikan. (Hadits riwayat Ahmad, ath-Thabarani dan Abu Ya’la)

p/s- " Alaikum bil jamaah wa man syazza syazza finnar : Tetaplah kamu di atas jamaah, barang siapa sorang2 , sorang2 dalam neraka".

No comments:

Post a Comment