Wednesday, July 18, 2012

Mengenang Ibu Sekelian Mukmin Sayyidatina Khadijah Al Kubro



11 Ramadhan (HARI IBU BAGI ORG YG BERIMAN)
Hari memperingati kembalinya Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Bintu Khuwailid Al-Kubra isteri kpd Junjungan Besar Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Alaiha Wa'a'lihi Wa Salam ke Rofiqul A'la. Wanita pertama beriman kpd Rasulullah s.a.w. telah melahir 6 cahayamata Rasulullah s.a.w.

Wanita pertama yang mendapat ucapan Salam terus dari Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibril as. kpd Rasulullah s.a.w yg telah mengkhabarkan kpd Isteri Baginda, " Allah s.w.t. telah menyediakan sebuah rumah yg khusus kpd Sayyidah Khadijah di dalam Syurga yg diperbuat dari batu2 permata indah dan cantik tidak ada kebisingan didalamnya dan tidak ada keletihan & kepenatan padanya "

Sayyidatina Khadijah menjawab dgn kebijaksanaan secara sepontan dihadapan suaminya Rasulullah s.a.w. Allahumma Antas Salam Wa Minkas Salam Wa Ilaika Yau'dus Salam Fahaiyyina Rabbana Bis Salam Wa Jibril Alaihis Salam.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Barang siapa yang mengembirakan Fatimah sesungguhnya ia telah mengembirakan Aku dan sesiapa yang menyakiti Fatimah sesungguhnya ia telah menyakiti aku & sesiapa yg menyakiti aku ianya mendapat kemurkaan Allah s.w.t." Seperti mana yang telah dikatakan Oleh Rasulullah s.a.w.

Apa lagi kalau malam ini, kita raikan hari IBU Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah Al-Kubra Rodiallahu Anha ianya jelas mengembirakan RohNya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Alaiha Wa'alihi Wasalam dan pasti akan mendapat Rahmat & RedhoNya Allah s.w.t.

Sambutlah malam ini, 11 Ramadhan 1431H (Jumaat mlm Sabtu) dengan bacaan Yassin & Tahlil khasnya kpd Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al-Kubra semoga mendapat taufiq dan Hidayah dari Allah s.w.t. Amin Ya Robbal A'lamin. Al-Fatihah...


13 Julai 2012 @ 23 Sya'ban 1433H

Dataran Balai Besar Al Jenderami

Solat Maghrib & Bacaan Ratibul Haddad Solat Isyak


Dato Dr Jamaluddin Abdul Hamid ( Penasihat JISADANI), YB Habib Ibrahim Bin Yahya, Al Fadhil Syeikh Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami & Baba Hasbullah Husin Dala, Pattani.

Bacaan Maulid Azzab oleh Pelajar JISADANI

Qasidah

YB Habib Ibrahim Bin Yahya menyampaikan tausiyah

Para Pelajar JISADANI dan tetamu yang hadir majlis bacaan Maulid Azzab.

Bacaan Maulid Azzab oleh pelajar JISADANI & Persembahan Nazam oleh Pelajar Banat Lil Nafisah Al Jenderami

Gerai Sate Pelajar Banat & Mee Bandung & Char Kue Tiaw Amri AF di ruang niaga Al Jenderami


Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Tabarrukan bil ummil mukminin radiyallahuanha..


Chief AF Tuan Musa

Sabtu 14 Julai 2012 @ 24 Sya'ban 1433H

Qadhi Maran, Ustaz Syarifuddin Mohammad Saad memberi tausiyah selepas pembacaan manaqib Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al Kubro oleh Pelajar Madrasah An Nafisah Lil Banati


Mahallal Qiyam - Maulid Simturrduror



Tuan Guru Haji Hasbullah , Pondok Tanwiriah Muar Johor

Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid


" Haniian... Haniian.. Haniian / Tahniah... Tahniah .. Tahniah kerana berjaya mengadakan haul Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al Kubro radiallahuanha.." Syeikh Habib Abdul Qader B Muhammad B Ahmad Al Ahdal Hudaidah Yaman


p/s- Alhamdulillah beredar dari Al Jenderami pada pukul 1.45am ( Ahad) bersama anakanda Muhammad Wafiy setelah selesai majlis dan urusan khidmat. Bertepatan pula dengan haul ayahanda ambo , Mohd Zin Bin Adam B Endut yang ke 8 iaitu 23 Sya'ban 1425H @ 8 Oktober 2004M. Mudah2an turut sama mendapat bahagian keampunan daripada Allah Taala berkat khidmat di Majlis Haul Ummul Mukminin ini... aamin.


No comments:

Post a Comment