Friday, July 20, 2012

Sungai dan Cincin



Nak diceritakan pula kali ini mengenai SUNGAI dan juga CINCIN. Adapun ambo telahpun menceritakan mengenai Cincin @ Ring pada posting ke 64 yang telah lalu iaitu http://anakberingin.blogspot.com/2011/09/cincin-ring.html. Namun ambo 'copy n paste' sebahagian daripada posting dulu mengenai cincin supaya lebih mudah...


Nak dikisahkan di sini pasal cincin atau pun ring dlm bahasa omputihnyo pulak...sebab kenapa ye cincin ni diambil sebagai simbol dalam menyatakan sesuatu ikatan perkahwinan... Ambo raso mungkin sebab cincin ni comel,cantik,indah dan molek dipakai oleh lelaki & perempuan (pengantin laa tu ye).

Semua pun sudah maklum bahwa cincin ni dipakai di jari manis tangan. kenapa tidak dipakai di kaki? Ni pun mestilah ada sebab musababnyo ye.. Mestilah dipakai di tangan kerana tanganlah yang menjabat ketika bersalam mengambil janji setia memikul tanggungjawab dan juga kuasa.

Sudah maklum bahawa sungai adalah laluan air bagi sesuatu kawasan dari hulu yang lebih tinggi topografinya ke kawasan hilir yang lebih rendah ketinggiannya sebelum berakhir di kuala dan terus ke laut.

Tafsir mimpi mengenai sungai :
1. Melihat sungai yang melimpah. Pekerjaan mengalami kemajuan dan peningkatan.
2. Melihat sungai kecil airnya jernih. Mendapat wang yang banyak.
3. Melihat sungai yang kering. Banyak orang desa/tempat yang akan berpindah ke tempat lain.
4. Melihat sungai airnya jernih. Mendapat ketenangan jiwa.
5. Melihat sungai airnya keruh/kotor. Akan berpuasa.
6. Menyelam di sungai yang airnya sejuk. Mendapat kebahagian.
7. Melihat air sungai hilir mudik atau bolak balik. Mendapat harta.
8. Melompati sungai yang besar. Ajalnya sudah dekat.
9. Menyeberangi sungai. Memenangi suatu perkara atau akan terjadi perubahan besar dalam kehidupan kita.

Tetapi kali ini perkaitan antara cincin dan sungai serta kisahnya dengan ambo... emmm...
Gabungan antara sungai dan cincin pula memberi makna yang tersendiri dan baru bagi ambo. Sungai Cincin kini menjadi nama khas yang dirujukkan kepada sebuah perkampungan lama di Batu 7 3/4 Gombak Selangor Darul Ehsan. Kg. Sg Cincin merupakan perkampung lama yang wujud 100 tahun lalu yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad Nur Al Khalidi iaitu salah seorang wali melayu yang masyhur yang mengamalkan tarikat Naqsyabandi Kholidi yang diberi kepercayaan dan izin oleh Sultan Alaudin Sulaiman Syah , Sultan Selangor untuk mendiami dan mentadbir kawasan tersebut.

Sejarah Kampung Sungai Cincin. Kg Sg Cincin diasaskan sekitar tahun 1894 Al marhum Sheikh Muhammad Nur Al Khalidi ( berasal dari Penyambongan, Sumatera Utara) di tanah yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Alaudin Sulaiman Syah , Sultan Selangor yang ke 5.


Alhamdulillah , ambo telah dapat hadir memijakkan kaki hina ambo di Masjid Kg Sg Cincin yang dibangunkan oleh Syeikh Muhammad Nur ini pada Khamis lepas iaitu 19 Julai 2012 bersamaan 29 Sya'ban 1433H.


Bahagian luar mihrab masjid

Gendang/beduk dibahagian depan masjid.

Bangunan Dewan Masyarakat



haha.. Pohon Anak Beringin pun ada...emm

Pintu besar

Pintu besar. Terdapat ruang di antara pintu besar dengan pintu masuk ke ruang solat utama

Masuk ke ruang solat utama

Mihrab & mimbar


Selesai solat.. keluar menuju ke bangunan makam Syeikh Muhammad Nur An Naqsyabandi Al Khalidi.


Kubur Contoh dibina bersebelahan mihrab sebagai pengajaran


Bangunan Makam


Pintu berkunci, hanya dapat berziarah di tepi tingkap bahagian kanan bangunan makam.


Makam Tuan Syeikh Muhammad Nur dipagari kain putih manakala sekelilingnya adalah keluarga.




Akhirnya dapat bersilaturrahmi dengan 'Ala' Muhammad Dib al Qodiry dari Palestin. Beliau memakai 2 bentuk cincin yang unik sekali... iaitu batu permata dari tanah kubur... hehehe


No comments:

Post a Comment