Friday, July 6, 2012

Sama - Sama Kursus

Kali ini nak diceritakan pula mengenai kursus... Ambo mendapat berita daripada isteri mengenai kursus.. Beliau kena menghadiri kursus "Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu" selama seminggu di Kuala Lumpur bermula Isnin 2 Julai 2012 hingga Jumaat 6 Julai 2012.. Maka berkira - kiralah dan menimbang di antara kami macam mana hal keadaan pengurusan anak -anak di rumah dan persiapan mereka untuk ke sekolah nanti.

Abe Wafiy terpaksa ditumpangkan ke sekolah dengan menaiki kenderaan jiran rumah sebelah kanan ( Cikgu Eli ). Abe Syafi pula ditumpangkan dengan jiran sebelah rumah sebelah kiri ( Cikgu Shima) setelah kembali daripada sekolah agama hingga ke sekolah kebangsaan.

Adik Hafiy terpaksa dihantar lebih awal ke pusat asuhan/jagaan kanak Nur Ad Din iaitu seawal pukul 7.30am. Maka persiapan dibuat iaitu penyediaan pakaian bagi ketiga-tiga anak teruna untuk tempoh seminggu ketiadaan ummi selama berkursus di Kuala Lumpur.

Ambo pula ditugas untuk menghantar dan menjemput ummi bagi menghadiri kursus tersebut. Di samping menjadi 'Bapa Tunggul' selama seminggu... hehehe... Disebut 'Bapa Tunggul' kerana terpaksa menunggul di rumah bersama anak -anak. Nampaknya aktiviti rutin mingguan iaitu menghadiri kuliah pengajian terpaksa ditangguhkan sehingga tamat tempoh " KURSUS BAPA TUNGGUL' kali ini.

Alhamdulillah berjaya juga ambo menghabiskan latihan bapa tunggul dengan jayanya bermula menyiapkan sarapan pagi untuk 2 abe iaitu Abe Wafiy & Abe Syafi sebelum ke sekolah, melayani si kecil Hafiy sebelum dihantar ke pusat asuhan dan persiapan malam sebelum tidur. Walaupun semuanya dilakukan dgn suasana yang tak menentu. Kali ini kedua2 abe iaitu Wafiy & Syafi nampak lebih serasi tidak bergaduh sengketa. Istimewa lagi dgn abe Wafiy yang boleh pula disuruh itu-ini bagi membantu ambo... Alhamdulillah.. berkat kena tinggal kat ummi.

Pada hari Rabu iaitu 14 Sya'ban.. ambo kuatkan semangat untuk menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan amalan membaca Yaasin 3x serta doa Nisfu Sya'ban. Alhamdulillah dapat diselesaikan walaupun disapa oleh si kecil Hafiy yg turut berminat dengan buku Yaasin di tangan ambo.

Alhamdulillah pada hari Jumaat , setelah ambo menjemput isteri dari tempat kursusnya di Hotel Flamingo Ampang maka tempoh kursus BAPA TUNGGUL ambo pun turut berakhir. Setelah solat Jumaat ambo kembali ke pejabat seperti biasa.


p/s- Sayangkan anak tangan-tangankan , sayangkan isteri kena tinggal... Mudah-mudahan berkat amalan surah Yaasin dan amalan Malam Nisfu Sya'ban maka ditambah kasih sayang di antara suami isteri dan anak-anak... Aamin












No comments:

Post a Comment