Monday, November 14, 2011

Al Haqq



Al Haq adalah salah satu daripada 99 Asma ul Husna yang memberi makna Allah Taala Yang Maha Benar & Sebenar.



Kalimah Al - Haq ini adalah kalimah khusus semata-mata kepada Allah SWT kerana ia adalah kalimah tauhid yang wajib dan menjadi kesempurnaan bagi Allah Taala. Adalah tidak patut kita meletakkan kalimah yang hanya layak bagi Allah Taala ini pada selainnya. Terlebih biadap lagi jika kaum musyrik dengan sewenang-wenang memberikan istilah bagi sembahan palsu mereka dengan kalimah tauhid ini.



Kita sebagai orang mukmin juga patut berhati-hati dalam menuturkan bicara seharian kita. Jangan sesekali menuturkan kata-kata seperti ini :

" Ini adalah hak aku/ambo" , " Aku/ambo lebih berhak ke atas barang ini" , " Aku tidak akan bohong. Aku akan bercakap benar".

Ini adalah di antara kalimah yang tidak patut diungkapkan oleh kite yang mengaku beriman dengan Allah Taala kerana kalimah hak adalah hanya layak bagi Zat & Sifat Allah Taala. Alangkah lebih sopan jika kalimah ditukarkan seperti berikut :

" Ini adalah milik aku/ambo" , " Ini barang adalah aku/ambo punya."





Telah dikisahkan bahawa Sayyidul Sufiah Syeikh Abu Qasim Junaid Al Baghdadi telah berpergian di pasar dan melihatlah olehnya akan seorang lelaki sedang berkata-kata menyerukan akan orang ramai supaya membelikan jualannya. " Tuan -tuan, marilah beli akan barang jualan saya ini kerana modal jualan saya dah semakin hilang" sambil menunjukkan barang jualannya iaitu lilin yang sedang menyala.

Setelah mendengar akan kata-kata sepeniaga itu, maka pengsanlah Syeikh Abu Qasim Junaid Al Baghdadi kerana sesal yang teramat mengenangkan modal umur yang telah disia-siakan dan semakin hilang menunggu akan tibanya ajal kematian.

Alangkah rugi bagi sesiapa yang tidak memanfaatkan modal yang dimiliki iaitu umur,harta,masa dan sebagainya yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada yang haq sesuai dengan dianjurkan oleh Allah Taala sptmana telah dijelaskan olehNya di dalam Surah Al Asr Ayat 1-3 :

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.


Telah dikisahkan oleh Syeikh Daud Al Fathoni di dalam Kitab Jauharatul Mauhub mengenai cerita tentang seorang wali wanita Bani Israel di zaman Nabi Isa A.S. Wanita solehah tersebut menguli-uli roti dan kemudiannya di masukkan ke dalam dapur tempat pembakaran. Sedangkan terdapat anak kecil yang sedang bermain di sekitar tempat masakannya. Apabila telah sampai waktu solat iaitu 2 rakaat siang dan juga 2 rakaat malam sepertimana disyariatkan pada zaman tersebut maka berhentilah oleh perempuan tersebut dan bersiap sedia untuk mengerjakan solat dan membiarkan anak kecilnya leka bermain.
Iblis laknatullah telah datang dan berbisik kepadanya : " Roti kamu terbakar." Dijawabnya : " Allah Taala yang aku sembah lebih baik dari roti aku."
Seterusnya iblis memasukkan anak kecilnya ke dalam dapur
Iblis berkata : " Engkau sibuk dengan solat engkau, aku masukkan anak kau ke dalam api" .
Wanita Bani Israil berkata : " Allah Taala ( Tuhan ) yang aku sembah pasti akan memelihara anakku.".

Suami kepada wanita tadi balik ke rumahnya dan terkejut kerana mendapati anak kecilnya sedang bermain-main batu bara di dalam api di dapurnya sambil isterinya sedang khusyuk bersolat. Suaminya keluar mendapatkan Nabi Isa A.S dan mengadukan akan hal kejadian yang berlaku kepada baginda. Nabi Isa A.S telah pergi ke rumahnya untuk melihat akan keadaan yang sebenar dan menunggu sehingga wanita selesai mengerjakan solatnya.

Nabi Isa A.S telah bertanyakan kepada wanita tersebut apakah amalannya yang telah menyebabkannya mendapat kemuliaan sehingga anak kecilnya aman di dalam api. Wanita tersebut memberitahu bahwa tiada amalan khusus yang diamalkannya melainkan sentiasa berada di dalam wuduk(bersih) untuk beribadat serta menjaga akan waktu solat. Nabi Isa A.S menegaskan bahwa jika sekiranya ada nabi di kalangan perempuan nescaya wanita itulah orangnya. Tetapi sesungguhnya tiada rasul dan nabi di kalangan wanita, maka wanita Bani Israil itu adalah tergolong di dalam wali Allah Taala.


p/s- Kali ni ambo teraso sikit pedihnya sebab perkataan di dalam bahasa Kelantan yang ditegur oleh Pak Syeikh rupanya memberi maksud yang keliru... Kerana Pulut Santan Binasa.. Kerana Mulut Iman Binasa... Lepas ni kena lebih berhati-hatilah di di dalam perbicaraan kerana ada perkataan yang boleh menggugat iman atau tauhid kite terhadap Allah Taala.

No comments:

Post a Comment