
Apakah sesuatu pekerjaan yang manis hasilnya bila dilaksanakan?
Apakah sesuatu pekerjaan yang sempurna susunnya bila disiapkan?
Sudah semestinya sesuatu amal yang dibuat dengan kehendak yang tulus ikhlas tanpa paksaan akan sempurna dan lancar sehingga berupaya menghasilkan kepuasan terhadap pengamalnya. Sesuailah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala yang sekadar maksudnya " Tidak ada sebarang paksaan di dalam agama " kerana ia menuntut akan keikhlasan di dalam menyempurnakan amalan beragama.


Begitulah juga di dalam hal menuntut ilmu agama , walaupun ia merupakan fardhu ain iaitu wajib syarie , tidak dapat tidak mesti ke atas sekelian orang Islam lelaki dan perempuan. Tiada alasan bagi setiap muslim untuk tidak mempelajari ilmu agama di dalam 3 bidang asas utama iaitu tauhid, fekah dan tasawuf kerana ia merupakan ketetapan yang putus bagi setiap muslim.
Tauhid iaitu ilmu yang menjadi asas panduan kepada iman dan aqidah sesuai dengan ucapan dua kalimah syahadah dan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Feqah iaitu ilmu syarak yang menjadi asas panduan kepada tatacara, kaedah dan kaifiyat beramal dan beribadah kepada Allah Taala termasuk solat,puasa,haji,zakat,dakwah,jihad dan sebagainya. Maka dengannya timbul 4 mazhab muktabar iaitu Hanafi, Maliki,Syafie dan Hambali.
Tasawuf iaitu ilmu adab, akhlak dan budi pekerti sebagai asas panduan bagi menuntun hati manusia ke arah peradaban sejati sesuai dengan tauhid dan fekah sepertimana diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Ilmu tasawuf yang lebih tertumpu kenapa penekanan amalan hati ini sangat luas, namun telah disusun dengan teratur oleh penghulu sufi iaitu Syeikh Abu Qasim Junaid Al Baghdadi berdasarkan kepada pemerhatian,rujukan dan tilikan yang teliti. Harus diingat bahawa bidang tasawuf adalah luas bergantung kepada hati dan kejadian manusia. Tasawuf dan tarikat adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Di dalam proses menuntut ilmu, seseorang tidak akan dikatakan betul- betul alim atau berilmu selagi ia tidak mendapat ijazah ataupun tauliah guru yang mengajarnya. Ijazah atau tauliah guru ini boleh lahir dalam bentuk akuan syahadah sepertimana yang lazim diamalkan sekarang ini. Akuan juga boleh berlaku di dalam perbuatan lain termasuk disuruhnya murid menjadi imam, membaca kitab, buka pondok dan seumpama. Ijazah juga boleh diberi kepada seseorang murid adalah isyarat guru berupa anugerah seperti jubah, tasbih, selendang, tongkat dan sebagainya.




p/s- Teringat kata-kata nasihat yg disampaikan oleh Ustazah Normala Mohammad Shari bahwa beruntunglah kepada ibu bapa yang turut sama hadir majlis meraikan kejayaan anak-anak berbanding dengan bapa yang hanya menghantar anak & isterinya sahaja ke majlis ini kerana sifat kasih sayang dan prihatin yang diberikan. Mudah2an Allah Taala permudahkan ambo utk mendidik anak-anak & isteri sesuai dengan bimbingan guru...aamin.
No comments:
Post a Comment