Tuesday, November 22, 2011

Berubah


Gerak Alamat Hidup Diam Alamat Mati
Jika tak berubah maka matilah diri. Perubahan ke arah yang lebih baik adalah hijrah.

Kali ni sebagaimana tahun lepas,, ambo ambil peluang bercuti pulang ke Kg Betong, Salor Kota Bharu Kelantan ziarah mak bonda 26 Nov 2011 hingga 30 Nov 2011. Bertepatan pada 30 Zulhijjah 1432 ambo memulakan perjalanan dari Kajang Selangor dan tiba di rumah mak bonda di KB pada malamnya.. Kali ni ambo baca doa akhir & awal tahun di dalam perjalanan.

Mula perjalanan dari Kajang pukul 10.00am.... singgah rehat, makan tgh hari dan solat zohor & asar jamak takdim di Masjid Tengku Abu Bakar Raub Pahang. Tiba di Padang Tengku ( Kuala Lipis) hujan mula turun dgn lobat... Bantut sikit pemanduan. Terpaksa kurangkan kelajuan kerana masalah penglihatan. Singgah di Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Gua Musang Kelantan berehat dan mandikan anakanda Muhammad Hafiy pada pukul 4.00pm. Sambung perjalanan dan sekali lagi terpaksa 'merayap' kerana hujan lebat sekitar Paloh (Jln Gua Musang - Kuala Krai).

Terpaksa baca doa akhir & awal tahun dlm kereta semasa lalu di bandar Kuala Krai. Tiba di Wakaf Che Yeh pada pukul 8.30 mlm untuk singgah beli nasi & sup daging buat Muhammad Wafiy..Terus bergerak ke rumah bonda di Salor dan sampai pada pukul 9.00 mlm. Alhamdulillah ambo dapat menziarahi mek bonda pada tahun baru hijrah 1433. Setahun tak berjumpa... Hanya sekadar berhubung melalui telefon semata-mata..

Teringat pula ambo kata nasihat Al Arif Billah Al Marhum Habib Ali Bin Jaafar Al Idrus Batu Pahat Johor yang disampaikan oleh Pak Syeikh Tn Guru Hj Mohd Hafiz Hj Selamat Al Jenderami.. " Zur gibban nas waddat hubban - maksudnya Ziarah jarang-jarang nescaya bertambah kasih sayang".

Dikatakan bahawa amalan ziarah adalah baik kerana ia melapangkan rezeki, memanjangkan umur serta merapatkan tali persaudaraan.

Air yang mengalir adalah lebih baik,jernih dan bersih dari air yang bertakung.

Esoknya 27hb Nov 2011.. Alhamdulillah dapat ambo solat subuh berjemaah bersama2 dgn orang kampung di surau.. Tak disangka pula disuruh ke depan menjadi imam 'bidan terjun'. Selesai solat subuh dan sedikit wirid, tahlil dan zikir ambo bertegur sapa dgn para makmum yg terdiri dari orang2 tua Kg Betong. Ada seorang pak cik yang terus mengambil tasbih dan meminta tidak dimatikan lampu surau kerana ingin berzikir. Ambo cuba perati tilik akan perbuatan zikirnya sambil menyambung sedikit lagi zikir tauhid ba alawi sehingga selesai. Sementara beberapa jemaah lain turun menuju ke kedai kopi berhampiran serta ada yang balik ke rumah masing-masing. Lebih kurang 15minit... Pak Cik Nordin selesai berzikir. Ambo dekati dan bertanya zikir apa yang diamalkan olehnya tadi. Beliau memberitahu bahawa beliau hanya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 300X... MasyaAllah.. Beliau berkata amat molek jika dapat berselawat sekurang-kurangnya 100X.. Banyak faedahnya... Beliau sebelum ini telah diuji dengan penyakit stroke/lumpuh separuh badan. Alhamdulillah dengan berkat solawat dan amalan zikir lain beliau kini hampir pulih. Setelah bersalaman dan meminta izin utk beredar pulang ambo diberitahu oleh Pak Cik Nordin bhw dia tidak terus balik ke rumahnya tetapi berjalan kaki ke arah bertetangan. Exercise katanya.. Riadah ruhani dan jasmani di pagi 1 Muharram 1433 Hijrah. Ambo pun balik ke rumah mek bonda berjalan kaki sambil memegang payung sebagai tongkat....

Pukul 8.00 am.. ambo bergegas ke Kg Gertak Lembu, Salor untuk membeli sarapan buat anak2 dan keluarga di kedai Abg Mohd Hasfi B Hamzah. Roti canai,nasi lemak & nasi berlauk siap untuk hidangan sarapan pagi...

Ambo & keluarga menziarahi Pak Chu Yusof ( Beringin Kota ) orang tua yg bnyk memberi nasihat. Bertolak setelah makan tengah hari bersama mek bonda dan sampai ke rumahnya pada pukul 3.00 ptg. Hah suko benar nampaknya Pak Chu kite ni menerima tetamu. Setelah berborak sambil pekena jemput2 pisang & keropok ambo balik ke Salor.. Maklumlah kali ni tak boleh nak 'merayap' sangat sebab ada 'beg tangan' kecil yang baru berumur 2 bulan , Muhammad Hafiy. Lagipun dia ni lain sikit dari abang2 yg 2 orang (Wafiy & Syafi). Kuat meragam dan nak bermanja lebih... hehehe.

Pada sebelah malamnya pulok ambo keluar menuju ke Kg Pendek, rumah Sdra Roslan rakan seguru & 'sesunat' selepas solat Isyak.. Selepas menyerahkan ole-ole dan bersembang sikit sebanyak.. Sdra Roslan ajak keluar pekena roti tempayan di Jln Bayam,KB.. Teringat juga kat Wan Hamid ( sparring partner silat Arwah Pak Do Sim )... singgah di rumah utk menjemputnya di Kg Masjid Kota dan terus bergerak menuju ke Jln Bayam KB. Sambil pekena roti nan dan minum barli kami bersembang dan bercerita tentang kenangan lalu iaitu semasa sama2 menghidupkan surau dan masjid di kg serta isu masa kini. Tidak sedar jam pun dah pukul 11.00 mlm.. Hujan pula turun dgn lebat macam tak izinkan untuk bersurai keluar dari kedai tersebut. Hampir pukul 12 mlm baru hujan reda dan kami mengambil peluang cilok dari kedai tersebut. Ambo hantar kedua-dua sahabat ke rumah masing2 sebelum pulang ke rumah mek bonda untuk berehat. Sedikit saguhati diserahkan kpd sahabat Roslan kerana menjaga akan kambing-kambing ambo... Dipahamkan direzekikan dgn 2 ekor anak baru pada pagi awal muharam kali ni... Alhamdulillah.

Isnin- 28 Nov 2011.. Oleh kerana si kecil Muhammad Hafiy tidak boleh berenggang dari buaian , maka ambo terpaksa keluar utk menzirahi & bertemu mata dgn bapa saudara Pak Chu Noor di Kok Lanas agak lewat iaitu pukul 11.30 am. Terpaksa mengejutkan adik Hafiy di buai dan bergerak ke Kok Lanas. Tiba di rumah Pak Chu Noor lebih kurang pukul 12.00 tgh hari. Setelah bertemu mata, bertanya khabar dan berjamu selera makan tengah hari, serta menziarahi atuk saudara Tok Chu Isa (Kedah) yang semakin uzur & Tok Nek Noh (Maimunah Bt Awang) ambo dan keluarga minta izin utk bergerak pulang.. Singgah di Bazar Tok Guru , KB kerana mem berhajat akan sesuatu. Tapi sekecil buat hal pulak ,, terpaksa masuk balik ke kereta dan bergerak pulang ke Salor..

Selasa-29 Nov 2011.. Acara biasa di waktu pagi, ke Gertak Lembu membeli sarapan.. Kali ini disapa mesra oleh Abg Mohd Hasfi Hamzah. Ambo disuruh duduk minum sambil menunggu pesanan roti canai siap dimasak. Ambo minta air nescafe panas. Terdapat sekumpulan anak muda sedang bersarapan di kerusi sebelah.. Ambo rasa budak pondok dari Pattani.. Dalam dok sibuk menebar roti di meja abg Hasfi sedikit sebanyak bertanya khabar dan asal-usul diri ambo. Nescafe panas dihantar dan ambo capai sebiji kuih donut di atas meja. Seketika kemudian anak2 muda bersurai menuju ke kereta mereka. Sah oghe Pattani sebab mereka naik kereta bernombor plate Pattani.. Ambo diberitahu oleh abg Hasfi bhw mereka adalah pelajar pondok Maahad Tahfiz Salor. Beliau berkata dgn sebab budak2 pondok yg ikhlas menuntut ilmu dan orang2 tua yang beramallah maka kite semua ni masih lagi boleh hidup selamat aman tanpa musibah besar. Jikalau tiadalah golongan spt mereka itu bahkan cuma diharapkan dengan orang2 yang berkeliaran ke sana sini tak tentu hala tanpa tujuan nescaya sudah lama kite ni dibinasakan dgn musibah...

SIAPALAH KITA NI YA?
Kite ni orang JAHIL,, belajar selama mana pun, sejauh mana pun jika Allah Taala tidak campakkan ILMU & FAHAM nescaya sia-sia sahaja.

Kite ni orang FAQIR,, buatlah usaha sebanyak mana pun, jika Allah Taala tidak kurniakan rezeki nescaya tiada akan diperolehi.

Kite ni orang DHAIF,, siapkanlah dengan segala sesuatu pun jika Allah Taala tidak berikan kekuatan nescaya lemah juga kita terhadap sesuatu.

Kite ni orang HINA,, cubalah degan sedaya upaya untuk menjadi mulia pun, jika Allah Taala tidak anugerahkan kemuliaan nescaya tidak juga akan dikecapi..

( Ini adalah kata2 nasihat oleh guru kepada Abg Mohd Hasfi Hamzah dari Tok Uban,Pasir Mas yang disampaikan oleh beliau kepada ambo sambil menebar roti canai.)


Ambo ditawarkan pula dgn salinan buku ugama & bonus istighfar besar oleh beliau. MasyaAllah inilah yang dikatakan seorang peniaga ikhlas beramal dan suka kepada kebajikan sesuai dgn imejnya yang berkopiah putih dan bersih rupanya. Ambo bergerak ke kaunter bayaran setelah pesanan siap dibungkus. Ambo membayar harga sarapan & kali ni memang ambo dibelanja olehnya. Ambo dapati ada kata2 hikmah " SIAPALAH KITA " berserta amalan & doa pada kaunter tersebut. Berkat hemmah amalan dan gemarkan kebajikan ambo diberitahu olehnya bahwa beliau ada 2 orang anak yang berada di Pasir Gudang Johor bergelar ustaz dan juga tahfiz.. Bapa yang soleh dikurniakan pula dgn anak2 yang soleh... Setelah berterima kasih dan bersalaman ambo pulang ke rumah membawa sarapan jasmani & rohani.

Pada pukul 1.00 ptg ambo berserta 2 anak lelaki ( Wafiy & Syafi ) bertolak ke pusara keluarga di Kg Beringin Kota utk menziarahi ayahanda dan keluarga. Selesai Yaasin, Tahlil & Doa, ambo menghubungi Ust Omar menanyakan sama ada beliau berada di rumah dan lapang untuk diziarahi... Alhamdulillah... lulus, beliau berada di rumah dan siap. Ambo bergegas ke rumahnya yang terletak berhampiran dgn kawasan perkuburan keluarga. Tiba di rumahnya hampir pukul 2.00pm. Macam biasa setelah menghulurkan hadiah minyak zaitun & kuih akok, bertanya khabar dan muzakarah isu agama dengannya ambo meminta izin untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Maqam Tok Kenali di Kubang Kerian.

Kali ini Ustaz Omar meminta izin utk turut serta menziarahi Ulama Tersohor Kelantan Tok Kenali. Alhamdulillah kecil tapak tanya nyiru ambo tadahkan.. Mudah sikit urusan ambo kerana Ustaz Omar boleh menjadi syeikh bila berada di makam nanti. Anaknya Hassan ikut sekali. Singgah di kedai runcit berhampiran makam untuk membeli air mineral sebelum tiba di makam. Selesai salam auliya & tahlil ringkas kami bergerak pulang. Singgah solat Asar di Masjid Hj Salleh Kenali dekat simpang sebelum menghantar Ustaz Omar ke rumahnya. Tiba di rumah mek bonda pukul 5.30 ptg.

Pada malamnya pula ambo dijemput keluar oleh Abe Lan & Wan Hamid utk pekena sate di Kedai Pok Muda Salor selepas solat Isyak. Borak sampai pukul 11.00 mlm dan ambo minta izin utk balik berehat kerana pagi esok akan bertolak pulang ke Kajang Selangor.

Alhamdulillah selesai wirid tahunan ambo bila balik Kelantan iaitu ziarah mek bonda & keluarga , pusara ayahanda & keluarga, ziarah Ust Omar & makam Tok Kenali.

Rabu - 30 Nov 2011 ambo sekeluarga kembali ke Kajang Selangor pada pagi iaitu 9.00am dan selamat tiba pada pukul 9.30mlm.

Cuti masih lagi berbaki selama 2 hari iaitu Khamis & Jumaat. Pada hari Khamis ambo berehat dan membersihkan rumah serta keluar mencari barang-barang keperluan.

InsyaAllah pada pagi Jumaat 2hb Dec 2011 ambo & anak sulung Muhammad Wafiy akan mengikuti rombongan Program Briged Al Jenderami Ziarah Ulama Utara Semenanjung (Perak & Kedah)

No comments:

Post a Comment