Thursday, November 3, 2011

Kuchalana


Haah!!!
Mulanya BERSIH 2.0...
Pastu NASI LEMAK 2.0..
Kecoh lagi dengan GEREJA, JAIS & MURTAD..
Baru-baru ni timbul pula dengan HIMPUN...
Yang terkini adalah SEKSUALITI MERDEKA...

Semua yang timbul ini menggambarkan tahap haru biru, caca merba ,kecamuk dan kuchalana yang wujud pada zaman fitnah bagi kita semua umat Melayu di negara kita Malaysia.... Tempias fitnah zaman telah mula menular dan merata ke segenap lapisan masyarakat daripada kepimpinan negara,rakyat jelata,muda mudi,remaja dan anak -anak.

Berhati-hatilah dengan menjaga diri sendiri,anak isteri dan keluarga supaya terhindar dan selamat daripada fitnah kehidupan yang semakin menghimpit sekarang ini. Jangan sesekali dengan membuta tuli terikut-ikut dengan mana-mana tarikan pengaruh jahat yang menjerumus kepada kuchalana hati,jiwa,iman,amal dan ilmu.

Sebaik-baiknya carilah kumpulan yang benar-benar boleh menjamin diri dan ahli keluarga agar terselamat daripada haru biru , kecamuk dan kacau bilau iaitu ahli halli (ulama pewaris nabi) dan ahli 'aqdi ( ketua-ketua yang baik dan berpengaruh).


Ahli al- Halli Wa al-‘Aqdi
Siapakah ahli al-halli wa al-aqdi, apakah syarat-syarat mereka, adakah disyaratkan jumlah tertentu dan apakah tugas mereka?

Mereka ialah sekelompok manusia yang memiliki ketinggian agama dan akhlak, mengetahui hal-hal manusia dan cara mentadbir. Mereka juga dinamakan ahli al-ikhtiar ( pemilih ), ahli syura, ahli fikir dan tokoh pentadbir sebagaimana ditentukan sebahagian ulama’ iaitul: “ para ulama’, pimpinan, ketua-ketua kaum yang mudah berhimpun.”[4]

Kepada merekalah diwakilkan urusan melihat mengenai perkara yang berkaitan dengan kemaslahatan umat, agama mereka dan dunia mereka termasuklah memilih Imam kepada muslimin.

Masyru‘iah Iktibar Ahli al-Halli wa-al-‘Aqd ( Hujjah Syarak)

i. Dalil Quran:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah al-rasul dan ulil amru di kalangan kamu.”[5]

Ulil Amru ialah ulama’ dan umara’.[6]

ii. Sunnah:

Sabda rasulullah (s.a.w.): “Keluarkanlah kepadaku daripada kamu 12 orang naqib supaya melaksanakan kepada kaumnya apa yang diperintahkan kepada mereka.” (kepada al-Ansor dalam bai’ah Aqobah kedua).[7]


Syarat-syarat Ahli al-Halli wa al-‘Aqd’ dan para Uli al-Amr.[8]
Syarat-syarat umum pada seluruh wilayah dalam daulah Islam.

1. Islam

2. Berakal

3. Lelaki

4. Merdeka

5. Adil

6. Berilmu

7. Bijaksana dan hikmah

Tugas ‘Ahli al-Halli wa al-‘Aqd
1. Memilih khalifah dan berbai’ah untuknya.

2. Membezakan antara dua orang yang dicalunkan sebagai khalifah.

3. Berbai’ah kepada yang lebih memberi manfaat.

4. Memecat khalifah.



p/s- Inilah sebahagian daripada huraian kitab Tauhid, Matan Jauharah Tauhid, pada membicarakan tentang taat kepada imam pemerintah & pemimpin. Bukan main undi dan pangkah saja semata-mata. Ingat Iman,Islam dan dakwah bukan semata-mata boleh dibuat hanya dengan kotak undi. Terdapat jauh bezanya antara demokrasi dan juga Islam. Islam mengiktiraf sistem beraja atau dinasti selagi mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip asal Islam.

1 comment:

  1. setuju bang.. penyakit dalam masyarakat semakin parah hari ni.. yg terbaik kita mulakan dari org yg terhampir dgn kita..

    teruskan berblog bang.. byk ilmu yg dpt kita hayati bersama

    -arman

    ReplyDelete