Wednesday, September 28, 2011

Masak

Bila sudah cukup masak.. bolehlah dipetik buahnya.
Air masak lebih elok diminum kerana lebih selamat. Istimewa pula jikalau diminum air masak suam kerana kandungannya asli. Tiada gula,garam dan anasir luar yang boleh merosakkan badan.

Lain pulak jikalau kita tidak masak dengan perangai orang di sekeliling kita. Sudah tentu akan menjadi lebih payah bagi kita untuk berhubung dan mendekatinya. Sepatutnya kita selidik terlebih dahulu budi pekerti,latar belakang, ilmu dan kelakuannya supaya kita tahu cara yang sesuai dan mudah untuk mendekatinya.

Di dalam bab menuntut ilmu.. seseorang itu akan masak dengan ilmu yang dipelajarinya apabila ia sudah mahir di dalam ilmu tersebut. Dalam bahasa mudah ilmu sudah 'duduk' , sebati dan celui di dalam hati kita barulah kita dengan senang dapat mengeluarkan daripada dada kita ataupun mengajar khalayak ramai. Jika tidak masak ataupun celui dalam ilmu, pakailah saja dulu untuk diri sendiri dan anak isteri sahaja pun sudah memadai. Jika kita pandai-pandai mengajar atau mereka-mereka dalam penyampaian ilmu , dikhuatiri pula boleh mengakibatkan mudarat yang lebih besar nanti. Banyak kemungkinan permasalahan akan timbul setelah ilmu yang tidak betul2 celui dihamburkan kepada khalayak umum akan disalahtafsir dan salahfaham. Apa-apa hal tauliah dan izin guru adalah kunci di dalam bab ilmu. Selagi belum dapat petunjuk atau isyarat dari guru untuk megajar dan sebagainya janganlah cuba nak memandai-mandai dengan ilmu yang dipelajari.

Jadilah seperti padi.. makin berisi makin tunduk merendah diri. Bila dah menguning masak.. banyak yang datang mencari.. burung2, unggas2, ayam itik dan sebagainya untuk mendapatkan faedah daripadanya...



ps- Teringat ambo kalu nok makan buah 'kekut', mesti petik dan gentel dulu sampai jadi lembik buahnya baru buleh dimakan. Buah ni dulu ada banyak kat kawasan Tanah Kubur Tok Man iaitu Tanah Perkuburan Keluarga ambo di Kelantan.. Ayah, Tok,Nenek dan Moyang ambo semua bersemadi di situ. Mudah2an mereka tenang dan mendapat keampunan dan kasih sayang daripada Allah Taala... Al Fatihah... aaamin.

No comments:

Post a Comment