Thursday, September 8, 2011

Generasi Anak Merdeka


Merdeka... Bebas...
Mana boleh kite bebas jikalau hidup di dunia ini kerana sudah tentu ada tugas dan peraturan yang patut diikuti dan dipatuhi. Jiwa merdeka adalah jiwa seorang hamba kepada Yang Hak kerana dengan penghambaan kepadaNya sahajalah boleh menyebabkan hati seseorang boleh mendapat tenang , rasa manis akan kemerdekaan sebenar.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 5256)

Imam an-Nawawi rahimahullahu ta’ala berkata, “Maksudnya, setiap mukmin itu terpenjara di dunia, karena dia dilarang mengikuti hawa nafsunya dan mengerjakan yang haram dan makruh, bahkan diwajibkan mentaati perintah Allah jalla wa ‘ala yang merupakan perkara berat bagi dirinya, tetapi apabila dia telah meninggal dunia, hatinya tenang kerana akan memperoleh imbalan dari Allah subhanahu wa ta’ala.” (Syarah Muslim 18/93)

Siapakah sebenarnya " BAPA KEMERDEKAAN"... Mesti ramai yg mengatakan bahawa ianya adalah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Al Haj...

Sesungguhnya BAPA KEMERDEKAAN sebenar adalah JUNJUNGAN MULIA RASULULLAH Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan baginda lah kite semua umat manusia beroleh nikmat Iman , Islam dan Ihsan. Sedangkan dengan iman,islam dan ihsan inilah pula kite akan lepas merdeka dari syirik,kufur,dosa dan lalai dari segala macam maksiat.



Kemerdekaan sebenar adalah bebas daripada penghambaan kepada selain Allah Azza Wa Jalla serta bebas daripada cengkaman azab api neraka. Kunci bagi syurga pula adalah Kalimah Tauhid iaitu " Laailaha illallah Muhammadurrasulullah S.A.W ".

Nah... sekarang ke mana hala tuju yang kite nak halakan generasi anak-anak kite sekarang ini? Adakah hendak dijadikan sebagai pelapis kepada pimpinan kemerdekaan atau menjadi generasi anak merdeka sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W.


P/S- Alhamdulillah pada pagi raya tahun ni, ambo diberi peluang untuk melaungkan takbir di surau setelah 11 tahun ambo bercampur gaul dengan masyarakat kampung dan orang-orang tua di kampung isteri ambo....Terasa sayu mengenangkan saat paling akhir ambo dapat melaungkan takbir raya ialah pada tahun 2005 pada solat raya aidul fitri terakhir di rumah arwah tok guru ambo, Pak Do Sim di Kota Bharu Kelantan kerana permintaan kaum keluarga dan ahli surau.

No comments:

Post a Comment